JAIP

KURSUS PROFESIONALISME PENDAKWAH NEGERI PAHANG TAHUN 2022 / 1443H

Cameron Highlands – 20 Julai 2022. Satu bagi pendakwah iaitu Kursus Profesionalisme Pendakwah Negeri pahang telah diadakan dari 18 hingg 20 Julai 2022. Kursus bertempat di Hotel Heritage Cameron Highlands melibatkan seramai 40 orang peserta warga kerja Jabatan Agama Islam Pahang melibatkan wakil-wakil daripada setiap Pejabat Agama Islam Daerah dan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1.
 
 
Peserta dibimbing oleh YH Dato’ Haji Badlishah bin Alauddin, Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, dan Al-Fadhil Ustaz Mohamad Hazmi bin Dibok, Pengarah YADIM Negeri Pahang.
 
 
Slot yang dibincangkan ialah
Slot 1 : Dari Mana Kita Bermula
Slot 2 : Keperibadian Sosial
Slot 3 : Memahami Realiti
Slot 4 : Profesionalisme Dakwah
Slot 5 : Dakwah Dalam Konteks Masyarakat Majmuk
Slot 6 : Peranan Psikologi Dakwah
 
Kursus dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Fadhli bin Mat Saman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah wakil rasmi Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang. Turut hadir Al-Fadhil Ustaz Ahmad Zailan bin Osman, Timbalan Qadhi Daerah Cameron Highlands.