Chenor, 16 Mac 2023M/ 23 Syaaban 1444H – Kompleks Pemuliaan Al-Quran Negeri Pahang, Chenor hari ini menerima kehadiran tetamu dari Masjid Taman Yayasan Segamat, Johor. Rombongan yang diwakili oleh Tuan Haji Jaafar dan Tuan Haji Amin bagi mendapatkan maklumat dan berkongsi pengalaman dalam pengurusan Pemuliaan Al-Quran di Negeri Pahang.
Masjid Taman Yayasan, Segamat yang juga mempunyai pusat pemuliaan Al-Quran mereka sendiri, berhasrat untuk menjadikan Kompleks Pemuliaan Al-Quran Negeri Pahang, Chenor sebagai rakan strategik dan juga mentor dalam pelaksanaan pemuliaan Al-Quran yang berskala besar di Negeri Johor.