JAIP

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA MEMULIAKAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN KE-65 PERINGKAT NEGERI PAHANG

Kuantan – 25 Ogos 2022 – Majlis bacaan yasin dan doa kesyukuran ini telah diadakan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran para tetamu VVIP seperti YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, YB Dato’ Sri Haji Ishak Bin Haji Muhamad, Yang DiPertua Dewan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Dr Salehuddin bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Pahang, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang.
 
 
Turut mengimarahkan majlis  adalah YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YH Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Osman, Mufti Negeri Pahang, YH Dato’ Haji Zulkifle bin Haji Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, YH Dato’ Imam Besar Masjid Negeri, wakil-wakil jabatan dan orang awam.
 
Atur cara dimulai dengan alunan ayat suci al-Quran oleh Ustaz Ahmad Yasser bin Dato’ Mohd Najid. Berikutnya solat Maghrib dan solat hajat yang diimamkan oleh Tuan Haji Mohd Khalil bin Mohd Zari Al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif Maahad Tahfiz Negeri Pahang.
 
Majlis seterusnya dimuliakan dengan bacaan surah Yasin dan doa kesyukuran yang dipimpin oleh YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk majlis. Selesai bacaan yasin majlis diteruskan dengan solat isyak. Seusai solat isyak para hadirin dijemput menjamu selera sebelum majlis bersurai.