JAIP

MAJLIS PERASMIAN MASJID BAHARU BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA

Jengka – 02 September 2022 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan untuk menyempurnakan majlis perasmian dan memasyhurkan dengan nama Masjid Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
 
Turut berangkat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
 
 
 
 
 
Hadir sama YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, YB Dato’ Sri Dr. Salehuddin Bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Pahang, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, YH Dato’ Dr. Haji Zulkifle bin Haji Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang bersama warga kerja JAIP dan penduduk sekitar.