JAIP

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 1444H/2022M

KUANTAN – 15 DISEMBER 2022 – Majlis Hafazan Al Quran Peringkat Negeri Pahang adalah acara rasmi Kerajaan Negeri Pahang yang telah diurusetian oleh Jabatan Agama Islam Pahang. Seramai 30 orang peserta lelaki dan perempuan telah mengambil bahagian untuk kategori 1-10 juzuk, 1-20 juzuk dan 1-30 juzuk. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Rizzal bin Mohd Ali Nafiah, Qadhi Daerah Kuantan dan diikuti persembahan nasyid oleh kumpulan Rabbani.
 

 

Seterusnya pengumuman keputusan menghafaz Al-Quran oleh YH Dato’ Dr Haji Zulkifle bin Haji Ali Al-Hafiz, Pengarah JAIP selaku Pengerusi Jemaah Hakim. Majlis diteruskan dengan persembahan hafazan Al-Quran oleh peserta terbaik iaitu saudara Muhammad Jibril bin Mohd Hanafiah, johan kategori 1-20 juzuk lelaki. Hadirin pada kali ini sangat beruntung kerana berpeluang mendengar ucaptama Prof. Emiritus Dr Sheikh Jamal Faruq Al Daqqaq, mantan Dekan Kuliyyah Dakwah Al-Islamiyyah, Universiti Al-Azhar Mesir selaku tetamu Kerajaan Negeri Pahang.

Berikutnya ucapan perasmian penutupan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Pahang oleh YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli wakil rasmi YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. Majlis berakhir dengan sesi penyampaian cenderahati kepada jemaah hakim dan penyampaian hadiah kepada peserta.