JAIP

MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR TAHUN 1444H/2023M

Chenor, 8 April 2023 / 17 Ramadhan 1444 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Sempena Sambutan Nuzul Al-Quran dan Bacaan Tahlil Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Masjid Jamek Chenor, Maran.
 
 
Hadir sama paduka-paduka anakanda, kerabat-kerabat serta pembesar negeri, daerah serta rakyat jelata. Majlis bacaan khatam Al-Quran dipimpin oleh Johan Qari Antarabangsa tahun 2003, Dato’ Haji Ahmad Faizul bin Ghazali bersama barisan qari yang pernah mewakili negeri Pahang ke peringkat kebangsaan. Seterusnya bacaan tahlil dan doa oleh Sahibus Samahah Dato’ Sri Dr Abdul Rahman bin Osman, Mufti Negeri Pahang.