JAIP

MASJID BAHARU BENTA DIRASMIKAN DENGAN NAMA MASJID AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH

Benta, 13 April 2023 / 22 Ramadan 1444 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat bercemar duli merasmikan Masjid Baharu Benta dan diisytiharkan dengan nama Masjid Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
 
 
Turut berangkat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj. Hadir sama, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, Barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang serta pemimpin masyarakat setempat.
            
Masjid yang boleh memuatkan sehingga 1000 orang jemaah ini mula dibina dengan kos bernilai RM9.77 juta pada 12 Julai 2017 dan siap sepenuhnya pada 17 Mac 2020.