Fungsi Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau
Unit Pentadbiran
- Urusan penyelarasan perancangan program/aktiviti BPMS
- Urusan naik taraf surau ke masjid
- Mengurus pentauliahan / perlantikan pegawai masjid Kariah
- Menguruskan mengenai pembayaran dan pemberhentian imbuhan Pegawai Masjid Kariah
- Menguruskan proses perlantikan dan penamatan AJK Masjid Kariah
- Mengurus proses pembayaran ealun Imam Berwibawa
- Menyediakan belanjawan tahunan Bahagian Pengurusan Masjid
- Menguruskan mengenai surau dan tanah perkuburan Islam
- Menyelaras sistem maklumat masjid SISMIM dan SPM.
- Menguruskan Cuti kakitangan BPMS.
- Menguruskan Tuntutan Elaun Pegawai dan kakitangan BPMS.
- Urusan surat menyurat.
- Urusan Fail.
- Menguruskan pemantauan perjalanan pentadbiran masjid.
Unit Kariah
- Menguruskan kursus / latihan dan kelas pengajian kepada pegawai masjid kariah
- Menguruskan kursus penulisan dan penyampaian khutbah
- Menguruskan Kursus pengurusan kepada Jawatankuasa Masjid.
- Menyelia dan menyelaras aduan awam.
- Mengurus dan menyelaras program pengimarahan masjid dan surau.
- Mengurus kursus dan latihan kepada Masjid Daerah.
- Mengurus bahan terbitan BPMS
Piagam Pelanggan Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau
- Memproses permohonan naik taraf surau ke masjid kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di buat dalam tempoh 3 hari selepas permohonan lengkap di terima daripada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Negeri Pahang.
- Menghantar cadangan perlantikan dan pentauliahan pegawai masjid kariah kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dalam tempoh 2 minggu selepas temuduga dilaksanakan oleh Pejabat Agama Islam Daerah(PAID) Negeri Pahang.
- Memproses urusan penamatan / pemberhentian pegawai masjid kariah dan bayaran imbuhan bulanan diproses untuk tindakan selanjutnya oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dalam tempoh 3 hari selepas maklumat lengkap di terima daripada Pejabat Agama Islam Daerah(PAID) Negeri Pahang.
- Memproses dan memastikan pelantikan baru Jawatankuasa Masjid dibuat dalam tempoh 6 bulan sebelum tamat tempoh pelantikan lama.
- Memproses urusan penamatan / pemberhentian Jawatankuasa Masjid untuk tindakan selanjutnya oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dalam tempoh 3 hari selepas maklumat lengkap dan calon ganti di terima daripada Pejabat Agama Islam Daerah(PAID) Negeri Pahang.
- Memproses permohonan pembayaran imbuhan bulanan imam masjid kariah dalam tempoh 2 hari selepas menerima kelulusan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan dihantar untuk tujuan pembayaran sebelum 10 haribulan bulan berkenaan.
- Memproses permohonan pembayaran elaun imam berwibawa dalam tempoh 1 bulan selepas mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pembayaran Elaun Imam Wibawa dan dihantar untuk tujuan pembayaran setiap 6 bulan sekali.