KUALA LUMPUR – 19-20 OKTOBER 2022 – Program dimulakan dengan sesi ziarah YH Dato’ Muhammad bin Asri di Kuala Selangor yang merupakan Hakim Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Dan Antarabangsa. Pada tahun ini beliau tidak dapat menjadi hakim majlis tilawah kerana telah terlibat dengan kemalangan dan sehingga kini beliau belum pulih sepenuhnya.

Seterusnya pada sebelah malam, delegasi telah menghadiri Perasmian Pembukaan Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-62 Tahun 1444H / 2022M.

Pada 20 Oktober 2022, delegasi Jabatan Agama Islam Pahang telah berkesempatan untuk beramah mesra dengan Hakim Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa iaitu Tan Sri Dato Sri Haji Ismail Bin Muhammad, Dato’ Haji Solahuddin Bin Umar, Syeikh Dr. Muhammed Ali Aatafay (Magribi / Moroco), Dato’ Syeikh Roslan Bin Abdul Halim, Tuan Haji Abdul Karim Bin Zakaria, Dato’ Haji Muhammad Bin Asri dan Dato’ Haji Ahmad Faizul Bin Haji Ghazali.