Chenor – 11 Julai 2023 -Program dimulakan dengan taklimat Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 Negeri Pahang yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Khairul bin Shaharudin dan Ustazah Nurul Huda binti Abdul Jalil, Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang.

Taklimat tersebut telah diadakan di Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor dan dihadiri seramai 120 orang pelajar, 30 orang guru serta wakil daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Maran, Balai Polis Kampung Awah, Balai Polis Chenor, Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Awah, serta pegawai Masjid At Taqwa Kampung Awah Chenor.
Program diteruskan dengan Ziarah Hisbah di sekitar Kampung Awah, bertujuan untuk menyampaikan informasi berkaitan kesalahan jenayah syariah di samping menyantuni masyarakat setempat. Ziarah hisbah ini turut disertai oleh Pegawai dari Pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Chenor, Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Awah, serta pegawai Masjid At Taqwa Kampung Awah Chenor.

Acara seterusnya adalah Forum Muqorrabin bertajuk “Amar Makruf Nahi Mungkar, Tanggungjawab Siapa?” yang telah disampaikan oleh Tuan Muhamad Yusri bin Aman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang bersama Al-Fadhil Ustaz Nik Ibrahim bin Nik Abdullah, Qadhi Daerah Jengka bertempat di Masjid At Taqwa Kampung Awah. Forum turut disertai oleh pelajar-pelajar daripada Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor.Aktiviti diteruskan dengan rondaan penegahan jenayah syariah.
Program dirasmikan oleh Tuan Muhamad Yusri bin Aman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang, merangkap Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Negeri Pahang. Pihak Jabatan Agama Islam Pahang ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Penegahan Jenayah Syariah Peringkat Daerah Maran pada kali ini.