JAIP

PROGRAM PENGURUSAN KEPIMPINAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI PAHANG TAHUN 2023

Kuantan, 22 Februari 2023 / 1 Syaaban1444. Seramai 35 orang peserta terdiri daripada kalangan pentadbir sekolah menengah agama kerajaan negeri Pahang telah menyertai program yang diadakan di Dewan Seminar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan.
 
 
Matlamat program bertujuan untuk memberi pendedahan teknik kepimpinan dalam memimpin sekolah ke arah kecemerlangan dan membina insan rabbani khususnya buat pelajar SMAN. Peserta dibimbing oleh fasilitator daripada Institut Aminuddin Baki (IAB) yang diketuai oleh Encik Azhan bin Hamad. Program ini adalah hasil inisiatif Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Pahang.