JAIP

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH LIPIS TAHUN 1444H/2022M

LIPIS – 16 Oktober 2022 – Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Lipis 1444H / 2022 telah diadakan di Kampung Gua, Kuala lipis. Sambutan ini diadakan bersempena Program Mesra Masjid, Pelancaran Masjid Angkat Bagi Kampung Orang Asli (KOA) Daerah Lipis & Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Lipis1444H / 2022.
Sambutan dimeriahkan dengan pertandingan sepanduk dan perarakan Maulidur Rasul 1444H antara jabatan, NGO, masjid, surau di daerah Lipis. Seterusnya, hadirin disajikan dengan ceramah bertajuk “Sayangkah Nabi Kepada Kita” yang disampaikan oleh Ybhg. Dr Asmadi bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Eksekutif MUIP.
Majlis perasmian penutup program bertempat di Dewan Terbuka Kampung Gua dirasmikan oleh Al-Fadhil Tuan Haji Ahmad Nizam bin Abdul Manan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid Dan Surau JAIP. Hadir sama, Al-Fadhil Tuan Haji Mohd Fadzli bin Mat Saman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIP.