Fungsi Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam
Berperanan memberi kefahaman, mencegah dan menguatkuasakan undang-undang Syariah, terhadap orang Islam di negeri Pahang berdasarkan peruntukan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang sedang berkuatkuasa di dalam Negeri Pahang.
Pentadbiran
Membantu menyedia dan melaksanakan hal berkaitan pengurusan, kewangan bahagian dan rekod nikah, cerai dan rujuk.
Pendaftaran Nikah, Cerai dan Rujuk
Menyelaras dan melaksanakan urusan berkaitan pentadbiran nikah, cerai dan rujuk orang islam negeri Pahang, perlantikan Pendaftar Kanan, Pendaftar dan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruuk orang islam negeri Pahang dan memantau urusan berkaitan sistem perkahwinan orang islam negeri Pahang.
Pembangunan Kelurga Islam (Seksyen Kursus, Program dan Informasi)
Menyelaras dan melaksanakan urusan berkaitan pentadbiran, pengukuhan dan pembangunan keluarga islam dan Kursus Perkahwinan Orang Islam Pahang (Pra dan Pasca).
Khidmat Nasihat (Seksyen Perundangan, Khidmat Nasihat dan Penyelidikan)
Mengkaji, syor dan mengurus cadangan pindaan undang-undang berkaitan hal ehwal keluarga islam dan menyelaras dan melaksana urusan pentadbiran khidmat nasihat, penyelidikan hal ehwal kekeluargaan islam dan pengurusan rekod serta dokumen nikah, cerai dan rujuk orang islam negeri Pahang.