Utama Berita Kursus Profesionalisme Pegawai Penguat Kuasa Agama Pahang
Aktiviti 06 November 2026 JAIP (Facebook) 10 paparan

Kursus Profesionalisme Pegawai Penguat Kuasa Agama Pahang

Kursus Profesionalisme Pegawai Penguat Kuasa Agama Pahang

Klik gambar untuk paparan saiz asal

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah menganjurkan Kursus Profesionalisme Pegawai Penguat Kuasa Agama pada 5 November 2026 di Dewan Auditorium Al-Ghazali, Pejabat Agama Islam Daerah Maran, dengan 100 orang pegawai peserta. Kursus dipimpin oleh Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Mohd Nahar bin Mohamad, menumpukan pada pemahaman enakmen syariah.

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah menganjurkan Kursus Profesionalisme Pegawai Penguat Kuasa Agama Pahang pada 5 November 2026 (25 Jamadilawal 1448) di Dewan Auditorium Al-Ghazali, Pejabat Agama Islam Daerah Maran.

Kursus ini melibatkan 100 orang pegawai penguat kuasa agama negeri Pahang bagi memperkukuh pengetahuan serta meningkatkan kompetensi dalam memahami dan mengaplikasikan peruntukan undang-undang syariah yang berkuat kuasa.

Penceramah jemputan, Tuan Mohd Nahar bin Mohamad, Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang (Syariah), memberi penjelasan mengenai pembacaan, penelitian dan pemahaman Enakmen Undang-Undang Negeri Pahang serta prosedur berkaitan.

Fokus utama kursus ialah memberi kefahaman mendalam tentang peruntukan undang-undang syariah, meningkatkan penguasaan enakmen, dan memastikan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara profesional, berkesan dan selaras dengan perundangan.

Penganjuran kursus ini merupakan usaha berterusan JAIP dalam melahirkan pegawai yang berpengetahuan, kompeten dan berintegriti, serta diharapkan ilmu yang diperoleh dapat memartabatkan pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang syariah di Negeri Pahang.

Kongsi: