Objektif
- Melaksanakan dasar yang diputuskan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Kerajaan serta mengikut peraturan-peraturan yang terkandung dalam enakmen-enakmen yang berkaitan dengan agama Islam negeri Pahang.
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan pembangunan fizikal dan sumber manusia dengan pengurusan yang bersistem, berkesan dan berkualiti.
- Merancang dan melaksanakan program-program pembangunan ummah dari segi intelek dan kerohanian di negeri Pahang.
- Menguatkuasakan undang-undang agama Islam secara efisyen di dalam melaksanakan amar maruf nahi mungkar.
- Merancang, menyelaras dan mentadbir pengurusan institusi pendidikan agama Islam negeri Pahang bagi melahirkan insan kamil.
- Merancang program-program pembangunan institusi keluarga bahagia mengikut hukum syarak dan Undang-Undang Keluarga Islam Pahang.
- Membuat kajian dan penilaian terhadap isu hal ehwal Islam negeri Pahang yang berkaitan dengan aqidah, syariah, moral, sosial, bahan-bahan terbitan, pemakanan dan lain-lain.
- Mengumpul dan menganalisa data dan maklumat bagi kepentingan keberkesanan produktiviti pengurusan.
Fungsi Utama
- Mentadbir dan mengurus hal ehwal perkahwinan, perceraian dan rujuk orang Islam di Negeri Pahang
- Menguruskan pensijilan halal bagi makanan, produk, premis perniagaan dan restoran
- Melaksanakan program pendidikan Islam melalui kelas KAFA, Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan program berkaitan
- Mentadbir dan menyelenggara masjid-masjid dan surau di seluruh Negeri Pahang
- Melaksanakan aktiviti dakwah, kerohanian dan pembangunan ummah
- Menguatkuasakan undang-undang jenayah syariah di Negeri Pahang
- Menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan hal ehwal agama Islam
- Merancang program pembangunan institusi keluarga Islam yang harmoni