Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) komited untuk memastikan keselamatan maklumat dan data dalam semua sistem dan perkhidmatan yang disediakan.
Dasar Keselamatan ICT
JAIP mematuhi Dasar Keselamatan ICT Kerajaan Malaysia (DKICT) yang dikeluarkan oleh MAMPU. Semua sistem dan infrastruktur ICT JAIP diuruskan mengikut piawaian keselamatan yang ditetapkan.
Pengurusan Risiko
- Semua sistem kritikal dilindungi dengan firewall dan sistem pengesanan pencerobohan
- Data disandar (backup) secara berkala untuk memastikan kesinambungan perkhidmatan
- Akses kepada sistem dikawal berdasarkan prinsip "least privilege"
- Audit keselamatan dijalankan secara berkala