Hulu Selangor, 7 Oktober 2026 – Negeri Pahang terus membuktikan keunggulan dalam bidang pendidikan Islam dengan menjadi Johan Keseluruhan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-12 yang berlangsung di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Pencapaian kontinjen Pahang dalam MIISMAM Ke-12 termasuk:
- Johan Syarahan Bahasa Arab (L) – Darwish Ashraf bin Suhaimi
- Johan Syarahan Bahasa Arab (P) – Rayyan Hanna Zulfa binti Zulkifli
- Johan Syarahan Bahasa Inggeris (L) – Muhammad Arsyad bin Mohd Affendi
- Johan Syarahan Bahasa Inggeris (P) – Nur Syafa Insyirah binti Jamaluddin
- Naib Johan Kitab Turath (L) – Ahmad Muhammad bin Sofian
- Naib Johan Kitabatul Maqal (L) – Muhammad Irfan bin Yusli
Dalam Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Rendah Agama (MIISRA) Kali Ke-11, kontinjen Pahang pula memperoleh:
- Naib Johan Nasyid (P) – Haura Harmony
- Naib Johan Hafazan (P) – Nawar Basyira binti Asjad
- Naib Johan Khat (P) – Nur Alaina Nasuha binti Mustafa Kamal
- Tempat Ketiga Tulisan Jawi (P) – Nur Alaina Soleha binti Mustafa Kamal
- Tempat Ketiga Tulisan Jawi (L) – Muhammad Ziyad bin Zubi
YH Tok Muda Dato’ Haji Ahmad Khirrizal bin Ab Rahman, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, turut hadir memberi sokongan kepada kontinjen.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan Negeri Pahang dalam memperkasakan pendidikan Islam serta melahirkan generasi pelajar yang berilmu dan berkemahiran.