Skudai, 17 September 2026 — Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) dan Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama Malaysia (MESMA) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 melabuhkan tirai dalam majlis penutupan penuh yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.
Majlis dimulakan dengan perarakan masuk 13 kontinjen, diikuti upacara menurunkan bendera kejohanan sebagai simbol berakhirnya penganjuran KESSUMA dan MESMA 2026.
Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Brigedier Jeneral Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ucapan perasmian diberikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.
Turut hadir YH Dato’ Haji Abdul Zaki bin Md Zain, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), bersama pegawai, pengurus kontinjen serta atlet daripada seluruh negeri.
Negeri Kedah Darul Aman dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan KESSUMA dan MESMA 2026 atas pencapaian cemerlang dalam pelbagai acara sukan dan memanah.
Hadiah dan cenderahati diserahkan kepada pemenang serta kontinjen sebagai penghargaan atas penyertaan dan komitmen mereka.
Penutup penganjuran disempurnakan dengan penyerahan bendera kejohanan kepada Wilayah Persekutuan, yang akan menjadi tuan rumah pada tahun 2027.