Utama Berita Program Pemerkasaan Syariah dan Akidah Daerah Jengka 2026
Berita Utama 14 October 2026 JAIP (Facebook) 22 paparan

Program Pemerkasaan Syariah dan Akidah Daerah Jengka 2026

Program Pemerkasaan Syariah dan Akidah Daerah Jengka 2026

Klik gambar untuk paparan saiz asal

Program Pemerkasaan Syariah dan Akidah Daerah Jengka 2026 telah dilaksanakan pada 13 Oktober 2026 di Masjid Assobirin, Felda Jengka 24, dengan tujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman ajaran sesat serta memperkukuh pegangan akidah Islam.

Jengka, 13 Oktober 2026 – Usaha memperkukuh pegangan akidah dan meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap syariat Islam dipergiatkan melalui Program Pemerkasaan Syariah dan Akidah Daerah Jengka Tahun 2026 yang berlangsung di Masjid Assobirin, Felda Jengka 24.

Program ini dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Jengka dan Masjid Assobirin. Ia bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya ancaman ajaran sesat serta penyelewengan akidah yang boleh menjejaskan pegangan umat Islam.

Hadir menjayakan program ialah Tuan Noridzuan bin Abdul Manan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAIP; Tuan Mohd Farik bin Jamaluddin, Al-Fadhil Qadhi Daerah Jengka; serta Encik Saiful bin Muhd Fuzi, Pengurus Felda Jengka 24. Penyertaan turut diraih daripada masyarakat setempat dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Jengka 24.

Program ini menekankan kepentingan memahami, menghayati dan mengamalkan syariat Islam berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah dalam kehidupan seharian serta menggalakkan rujukan kepada pihak berautoriti dalam hal ehwal agama.

Kongsi: