Utama Pengumuman Iklan Jawatan Kosong: Pereka Gred B5 (Contract of Service) –...
Penting 06 November 2026 Sehingga 25 November 2026

Iklan Jawatan Kosong: Pereka Gred B5 (Contract of Service) – Bahagian Dakwah

Iklan Jawatan Kosong: Pereka Gred B5 (Contract of Service) – Bahagian Dakwah

Klik gambar untuk paparan saiz asal

Jabatan Agama Islam Pahang mempelawa Warganegara Negeri Pahang yang berkelayakan bagi mengisi segera kekosongan Pekerja Contract of Service (COS) bagi jawatan berikut:

Jawatan: Pereka Gred B5
Kumpulan: Pelaksana / Pengurusan dan Profesional
Kekosongan: Satu (1) jawatan di Bahagian Dakwah, JAIP
Klasifikasi: Bakat dan Seni Perkhidmatan
Kadar upah: RM1,893.00 sebulan

Syarat lantikan:
- Warganegara Malaysia / kelahiran Negeri Pahang
- Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan
- Terbuka kepada lelaki / perempuan
- Diploma dalam bidang Seni Kreatif, Seni Bina Dalaman, Seni Lukis atau Seni Reka yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu peringkat SPM / SVM atau setaraf

Dokumen yang perlu dikemukakan: resume lengkap, salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Tamat Persekolahan dan Sijil Akademik.

Permohonan hendaklah dihantar kepada:
Pengarah, Jabatan Agama Islam Pahang, 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur
[u.p.: Bahagian Khidmat Pengurusan]

Tarikh tutup permohonan: 25 November 2026 sebelum jam 5.00 petang. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak teratur akan ditolak.

Pertanyaan: Encik Saufiuddin bin Ibrahim / Puan Fauziah binti Ismail — 09-427 1111 / 09-427 1129
Kongsi: