Objektif
Membina institusi keluarga Islam yang kukuh, harmoni dan bahagia berteraskan syariat Islam dan Undang-Undang Keluarga Islam Pahang di Negeri Pahang.
Strategi & Fungsi
- Memperkasakan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan dokumen lama Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR)
- Memantapkan pengurusan persempadanan semula Daerah dan Wilayah Kadi
- Menguruskan pendaftaran perkahwinan dan perceraian Islam
- Menyelaras kursus pra-perkahwinan untuk bakal pasangan
- Melaksanakan program kaunseling keluarga Islam
- Menguruskan kes-kes pertikaian keluarga dan mediasi