Pada 1 November 2026 (21 Jamadilawal 1448H), 15 anak Pahang yang merupakan antara 278 graduan Malaysia menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir. Mereka diraikan dalam Majlis Konvokesyen Graduan Malaysia Universiti Al-Azhar 2026 (Kali ke-20) yang berlangsung di Manara International Convention Centre, Kaherah.
Majlis tersebut dihadiri tetamu kehormat termasuk Prof. Dr. Usamah As-Sayyid Al-Azhar, Menteri Waqaf Republik Arab Mesir; Syeikh Aiman Abdul Ghani, Timbalan Syeikhul Azhar; Prof. Dr. Mahmoud Siddiq Hasan, Rektor Universiti Al-Azhar; Prof. Dr. Nahlah Sabri As-Saidi, Penasihat Syeikhul Azhar bagi Hal Ehwal Pelajar Antarabangsa; serta YB Dato’ Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, dan pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah.
Kehadiran para tetamu mencerminkan sokongan berterusan kerajaan negeri terhadap pembangunan pendidikan Islam. Pihak JAIP mengucapkan tahniah kepada para graduan dan berharap ilmu yang diperoleh dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan agama.