Utama Berita SMATAF Dinobatkan Johan Kategori Sekolah Sempena Hari Inovas...
Berita Utama 25 October 2026 JAIP (Facebook) 35 paparan

SMATAF Dinobatkan Johan Kategori Sekolah Sempena Hari Inovasi Negeri Pahang 2026

SMATAF Dinobatkan Johan Kategori Sekolah Sempena Hari Inovasi Negeri Pahang 2026

Klik gambar untuk paparan saiz asal

Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah (SMATAF) memenangi Johan Kategori Sekolah dalam Hari Inovasi Peringkat Negeri Pahang 2026 di Hotel Ancasa Pekan serta meraih pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pekan, 24 Oktober 2026 / 13 Jamadilawal 1448 – Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah (SMATAF) telah dinobatkan sebagai Johan Kategori Sekolah sempena Hari Inovasi Peringkat Negeri Pahang 2026 yang berlangsung di Hotel Ancasa Pekan.

Kejayaan ini dicapai melalui inovasi “SMATAF Innovator – SMARTAF EDU GAME: JEJAK HAJI”, satu pendekatan pembelajaran berasaskan gamifikasi yang menggabungkan papan permainan fizikal dan aplikasi digital interaktif untuk membantu murid menguasai topik Haji dalam mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah.

Antara anugerah yang diterima termasuk:

  • Johan Kategori Sekolah – Hari Inovasi Peringkat Negeri Pahang 2026.
  • Anugerah Emas Kategori Sekolah – Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta (PIRCU) 2026 peringkat kebangsaan anjuran UNIQSAAS.
  • Anugerah Khas Juri bagi Inovasi Terbaik – 2nd International Innovation Competition in Social Sciences on Education (IINOSAS) 2026.
  • Anugerah Emas Kategori Murid Sekolah – IINOSAS 2026.
  • Johan Peringkat Negeri – Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (MASISUPA) 2026.
  • Johan Peringkat Zon – MASISUPA 2026.

Jabatan Agama Islam Pahang mengucapkan tahniah kepada seluruh warga SMATAF, khususnya pasukan inovasi, atas pencapaian cemerlang ini.

Kongsi: