Utama Berita Forum Bicara Akidah Peringkat Daerah Pekan
Aktiviti 14 October 2026 JAIP (Facebook) 21 paparan

Forum Bicara Akidah Peringkat Daerah Pekan

Forum Bicara Akidah Peringkat Daerah Pekan

Klik gambar untuk paparan saiz asal

Bahagian Penyelidikan JAIP bersama Pejabat Agama Islam Daerah Pekan menganjurkan Forum Bicara Akidah pada 13 Oktober 2026 di Masjid Tanjung Batu, Ganchong, dengan lebih 60 peserta bagi meningkatkan kesedaran akidah masyarakat setempat.

Program Forum Bicara Akidah Peringkat Daerah Pekan telah diadakan pada 13 Oktober 2026 (2 Jamadilawal 1448H) di Masjid Tanjung Batu, Ganchong, Pekan. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Pekan.

Acara ini menarik lebih 60 orang masyarakat setempat dari Kampung Tanjung Batu, Ganchong dan kawasan sekitarnya, bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap ancaman akidah semasa serta cabaran yang boleh menjejaskan pegangan dan keimanan umat Islam.

Panel forum terdiri daripada:

  • Profesor Madya Dr. Mahyudin bin Ismail, Pensyarah Kanan Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
  • Tuan Ahmad Sukri bin Mohamed Sodin, Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Rompin, Panel Akidah dan Syariah Negeri Pahang.

Perbincangan dipandu oleh Encik Azhar bin Mat Nawi, Bahagian Penyelidikan JAIP, sebagai moderator. Kehadiran turut dirasmikan oleh Tuan Noridzuan bin Abdul Manan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAIP, dan Tuan Mohd Aris bin Jamin, Al-Fadhil Qadhi Daerah Pekan.

JAIP berharap program ini dapat meningkatkan ilmu dan kefahaman akidah Islam dalam kalangan masyarakat, serta menggalakkan rujukan kepada pihak berautoriti bagi penjelasan agama.

Kongsi: