Utama Berita Majlis Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang Kluster Mualaf Zo...
Aktiviti 15 October 2026 JAIP (Facebook) 1 paparan

Majlis Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang Kluster Mualaf Zon Timur Derah Bera 2026

Majlis Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang Kluster Mualaf Zon Timur Derah Bera 2026

Klik gambar untuk paparan saiz asal

Seramai 173 orang mualaf menerima manfaat melalui Majlis Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang Kluster Mualaf Zon Timur Derah Bera pada 15 Oktober 2026 di Dewan Seminar Masjid Darul Fikri, Bera.

Seramai 173 orang mualaf telah menerima manfaat melalui Majlis Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang Kluster Mualaf Zon Timur Derah Bera yang diadakan pada 15 Oktober 2026 (4 Jamadilawal 1448H) di Dewan Seminar Masjid Darul Fikri, Bera.

Majlis tersebut dipengerusikan oleh YB Dato’ Hajah Sabariah binti Saidan, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang.

Turut hadir Tuan Haji Mohd Fadzli bin Mat Saman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, JAIP, serta Encik Saiful Rizan bin Hamdan, Pengurus MUIP Daerah Bera.

Inisiatif ini menekankan komitmen kerajaan negeri dalam memperkasakan kebajikan mualaf serta menyokong penyesuaian mereka dalam kehidupan Islam.

Kongsi: