Seramai 173 orang mualaf telah menerima manfaat melalui Majlis Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang Kluster Mualaf Zon Timur Derah Bera yang diadakan pada 15 Oktober 2026 (4 Jamadilawal 1448H) di Dewan Seminar Masjid Darul Fikri, Bera.
Majlis tersebut dipengerusikan oleh YB Dato’ Hajah Sabariah binti Saidan, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang.
Turut hadir Tuan Haji Mohd Fadzli bin Mat Saman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, JAIP, serta Encik Saiful Rizan bin Hamdan, Pengurus MUIP Daerah Bera.
Inisiatif ini menekankan komitmen kerajaan negeri dalam memperkasakan kebajikan mualaf serta menyokong penyesuaian mereka dalam kehidupan Islam.