Utama Berita Majlis Perasmian Pembukaan KESSUMA 2026 dan MESMA di Univers...
Aktiviti 15 September 2026 JAIP (Facebook) 14 paparan

Majlis Perasmian Pembukaan KESSUMA 2026 dan MESMA di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Majlis Perasmian Pembukaan KESSUMA 2026 dan MESMA di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Klik gambar untuk paparan saiz asal

Pada 15 September 2026, Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) Peringkat Kebangsaan ke-25 serta Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama Malaysia (MESMA) telah diadakan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Acara tersebut dipengerusi oleh YB Dato’ Haji Mohd Radzi bin Mohd Amin dan YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee serta disertai penyampaian pennant KESSUMA kepada ketua-ketua kontinjen.

Skudai, 15 September 2026 / 3 Rabiulakhir 1448 — Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) Peringkat Kebangsaan kali ke-25 dan Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama Malaysia (MESMA) telah membuka tirai secara rasmi melalui Majlis Perasmian Pembukaan yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YB Dato’ Haji Mohd Radzi bin Mohd Amin, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, diikuti dengan ucapan perasmian oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Acara turut diserikan dengan gimik pelancaran serta penyampaian pennant KESSUMA kepada ketua-ketua kontinjen sebagai simbolik penyertaan rasmi negeri-negeri yang bertanding.

KESSUMA dan MESMA menghimpunkan pelajar sekolah menengah agama dari seluruh negara bagi memperkasa bakat sukan, membentuk nilai disiplin, kepimpinan, daya saing dan semangat berpasukan serta mengukuhkan ukhuwah di kalangan pelajar.

Kongsi: