Majlis Santuni SaudaraKu sempena Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang Kluster Mualaf Zon Timur 1448H/2026M telah berlangsung pada 17 November 2026 (7 Jamadilakhir 1448) di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.
Majlis penyampaian dipengerusi oleh YB Dato' Sri Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang.
Penganjuran majlis ini merupakan antara usaha berterusan Kerajaan Negeri Pahang dalam menyantuni dan membela kebajikan golongan mualaf melalui penyediaan bantuan serta inisiatif yang bersesuaian, sekali gus membantu meningkatkan kesejahteraan hidup dan memperkukuh pembangunan komuniti saudara baharu.