Utama Berita Pemantauan Pelaksanaan Peperiksaan SMA Tahun 2026
Aktiviti 03 November 2026 JAIP (Facebook) 24 paparan

Pemantauan Pelaksanaan Peperiksaan SMA Tahun 2026

Pemantauan Pelaksanaan Peperiksaan SMA Tahun 2026

Klik gambar untuk paparan saiz asal

Timbalan Pengarah JAIP, YH Dato’ Haji Abdul Zaki bin Md Zain, telah melakukan lawatan pemantauan ke Sekolah Menengah Agama Al-Attas dan Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Pekan, bagi memastikan kelancaran Peperiksaan Sijil Menengah Agama 2026 yang melibatkan 1,184 calon di 24 pusat peperiksaan.

Pekan, 3 November 2026 / 23 Jamadilawal 1448 – Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), YH Dato’ Haji Abdul Zaki bin Md Zain telah mengadakan lawatan pemantauan pelaksanaan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) Tahun 2026 di Sekolah Menengah Agama Al-Attas dan Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Pekan.

Lawatan tersebut turut diiringi oleh Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan JAIP bagi meninjau perjalanan serta memastikan pengurusan dan pelaksanaan peperiksaan di kedua-dua buah sekolah berkenaan berjalan dengan lancar, teratur dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan.

Dalam sesi lawatan, YH Dato’ Timbalan Pengarah menyampaikan ucapan aluan serta taujihat kepada para calon, menasihatkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya, mengekalkan disiplin diri, mengurus masa dengan berkesan serta menjawab soalan dengan tenang, teliti dan penuh keyakinan.

Peperiksaan SMA Tahun 2026 berlangsung dari 2 hingga 17 November 2026, melibatkan 1,184 calon di 24 pusat peperiksaan di seluruh negeri Pahang.

Pelaksanaan lawatan pemantauan ini merupakan sebahagian daripada komitmen JAIP dalam memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan serta memperkukuh aspek pemantauan dan penyelarasan pendidikan agama di negeri Pahang.

Seluruh warga JAIP mendoakan agar semua calon diberikan ketenangan jiwa, kesihatan yang baik dan kemudahan sepanjang menduduki peperiksaan.

      

Kongsi: