Kuantan, 20 November 2026 – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dengan kerjasama Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 dan Sahabat Telekung Kuantan (STK) telah menganjurkan Program Street Dakwah JAIP Siri 3/2026 di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.
Program ini disertai oleh 25 orang peserta daripada golongan Ar-Riqob (INSAF) dan menekankan pendekatan dakwah mesra, inklusif serta berprinsip keprihatinan. Antara aktiviti utama ialah sesi psikologi yang disampaikan oleh Pegawai Kaunseling JAIP, Encik Muhammad Syaiful Izzhar bin Zulkifli, diikuti solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah serta tazkirah bertajuk “Hati Ke Hati kepada Golongan Disayangi”. Program turut diserikan dengan penyampaian cenderahati dan aktiviti menyantuni orang awam di beberapa lokasi terpilih.
Hadir dalam majlis ialah YH Dato’ Haji Abdul Zaki bin Md. Zain, Timbalan Pengarah JAIP; YH Dato’ Haji Mohd Rizzal bin Mohd Ali Nafiah, Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1; YBrs. Haji Mohd Fadzli bin Mat Saman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIP; Tuan Haji Syarifuddin bin Mohamad Sa’ad, Al-Fadhil Qadhi Kuantan Bandaraya; serta Asst. Prof. Dr. Widya Abd Wahab, International Islamic University Malaysia (IIUM), Kuantan.