Kuantan, 8 Oktober 2026 – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melalui Bahagian Pembangunan Keluarga, bersama Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 dan Kelab Warga Emas Sanggang (KWES) Temerloh, menganjurkan Program Bahagia Milik Semua di Dewan Shah Bandar, Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.
Program ini bertujuan memberi pengetahuan dan panduan kepada wanita dalam menghadapi pelbagai fasa kehidupan, memperkukuh jaringan sokongan sosial serta meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan mental dan fizikal.
Puan Nor Azimah binti Junus, Pegawai Psikologi Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang, menyampaikan bimbingan mengenai pengurusan emosi, tekanan dan kesejahteraan diri.
Acara disertai 40 orang ahli KWES yang diketuai oleh YBhg. Datin Nor Hamiah binti Abdul Hamid Hasani, Setiausaha KWES. Majlis perasmian dirasmikan oleh YH Dato’ Mohd Rizal bin Ali Nafiah, Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, dengan kehadiran Tuan Mohd Rasmawi bin Harun, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga JAIP.
Program diharapkan memberi manfaat kepada peserta dalam membina kehidupan yang lebih sejahtera, tenang dan bermakna.