Utama Berita Program Dakwah Perdana Darul Makmur Peringkat Daerah Lipis T...
Aktiviti 15 November 2026 JAIP (Facebook) 42 paparan

Program Dakwah Perdana Darul Makmur Peringkat Daerah Lipis Tahun 2026M / 1448H

Program Dakwah Perdana Darul Makmur Peringkat Daerah Lipis Tahun 2026M / 1448H

Klik gambar untuk paparan saiz asal

Program Dakwah Perdana Darul Makmur Peringkat Daerah Lipis telah diadakan pada 13 November 2026 di empat masjid terpilih dengan tema “Dakwah: Profesion Nabi SAW” serta empat orang penceramah, bertujuan memperluas penghayatan ilmu agama dalam kalangan masyarakat setempat.

Lipis, 13 November 2026 / 3 Jamadilakhir 1448H – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melalui Bahagian Dakwah dengan kerjasama Bank Rakyat dan Pejabat Agama Islam Daerah Lipis telah menganjurkan Program Dakwah Perdana Darul Makmur Peringkat Daerah Lipis secara serentak di empat buah masjid terpilih.

Program yang bertemakan “Dakwah: Profesion Nabi SAW” menampilkan empat orang penceramah, iaitu Al-Fadhil Tuan Haji Fadzli bin Mat Saman di Masjid Al-Taqwa Kuala Serau, Us. Dr. Azlan bin Abdul Rahman di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Felda Sungai Koyan, Us. Abdul Aziz bin Saleh di Masjid Tanjung Gahai dan Us. Muhammad Haziq bin Saiful Bahri di Masjid RTP Sungai Ular.

Penganjuran program ini bertujuan memperluas penghayatan ilmu agama serta memperkukuh kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat setempat.

Jabatan Agama Islam Pahang merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, khususnya pihak masjid dan komuniti setempat, atas kejayaan program ini.

Kongsi: