Utama Berita Program Pencegahan Jenayah Syariah Peringkat Daerah Muadzam...
Aktiviti 12 October 2026 JAIP (Facebook) 18 paparan

Program Pencegahan Jenayah Syariah Peringkat Daerah Muadzam Shah 2026

Program Pencegahan Jenayah Syariah Peringkat Daerah Muadzam Shah 2026

Klik gambar untuk paparan saiz asal

Bahagian Penguatkuasaan JAIP telah menganjurkan program dua hari di Felda Selancar, Muadzam Shah pada 10 Oktober 2026 bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap jenayah syariah serta memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat.

Muadzam Shah, 10 Oktober 2026 – Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah menganjurkan Program Pencegahan Jenayah Syariah Peringkat Daerah Muadzam Shah Tahun 2026 di Felda Selancar, Muadzam Shah, Pahang.

Majlis perasmian program dirasmikan oleh Tuan Muhamad Yusri bin Aman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIP.

Aktiviti utama program termasuk:

  • Kuliah Maghrib di enam kawasan Felda.
  • Taklimat Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 Negeri Pahang.
  • Aktiviti sukaneka, riadah dan pameran agensi kerajaan.
  • Pemeriksaan kesihatan percuma untuk pengunjung.
  • Ziarah Mahabbah ke pesakit kronik di sekitar Felda Selancar.
  • Forum Perdana bertajuk “Amar Makruf Nahi Mungkar: Tanggungjawab Siapa?” yang membincangkan peranan bersama dalam menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Program ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan antara JAIP dengan komuniti setempat serta meningkatkan kesedaran dan kerjasama masyarakat dalam usaha mencegah jenayah syariah.

Kongsi: