Utama Berita Temu Duga Kemasukan Tingkatan 1 Sesi Persekolahan 2027 Di 17...
Aktiviti 15 November 2026 JAIP (Facebook) 50 paparan

Temu Duga Kemasukan Tingkatan 1 Sesi Persekolahan 2027 Di 17 Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

Temu Duga Kemasukan Tingkatan 1 Sesi Persekolahan 2027 Di 17 Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

Klik gambar untuk paparan saiz asal

Sesi temu duga kemasukan pelajar Tingkatan 1 bagi Sesi Persekolahan 2027 telah dijalankan serentak di 17 Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang pada 14 November 2026. Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Pahang, 14 November 2026 – Sesi temu duga kemasukan pelajar Tingkatan 1 bagi Sesi Persekolahan 2027 telah dilaksanakan serentak di kesemua 17 buah Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang.

Temu duga ini merupakan proses penting dalam pemilihan calon bagi memastikan pelajar yang terpilih memenuhi kriteria serta mempunyai potensi untuk mengikuti sistem pendidikan agama yang ditawarkan.

Para calon diberikan peluang untuk memperlihatkan kebolehan, pengetahuan dan potensi diri sebagai persediaan melangkah ke alam pendidikan menengah agama.

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, khususnya warga sekolah serta petugas yang memastikan kelancaran urusan sepanjang sesi berlangsung.

Semoga semua calon yang telah menjalani temu duga dikurniakan kejayaan dan memperoleh keputusan yang terbaik, serta dapat memanfaatkan peluang pendidikan ini untuk membentuk generasi berilmu, beramal dan berakhlak mulia.

Kongsi: