Program Bacaan Maulid dan Tausiah Khas bersama Dr. Sayyid Ahmad bin Hasan bin Ahmad telah diadakan pada 20 Oktober 2026 di Pusat Islam Ibnu Khaldun, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Muadzam Shah. Acara dibuka dengan ucapan alu-aluan YB Dato’ Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad dan dihadiri YB Dato’ Ir. Razali bin Kassim, YH Tok Muda Dato’ Haji Ahmad Khirrizal, Pengarah JAIP serta tokoh-tokoh lain.