Program Daurah Kitab bersama Dr. Sayyid Ahmad bin Hasan bin Ahmad telah dijalankan pada 20 Oktober 2026 di Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam. Program ini dihadiri YH Dato’ Haji Abdul Zaki bin Md Zain, Timbalan Pengarah JAIP, serta melibatkan sesi bacaan, pengajian, dan soal jawab bagi memperkukuh penghayatan ilmu Islam di kalangan pelajar.