Objektif
Memastikan pengurusan pentadbiran jabatan berjalan dengan lancar, cekap dan mengikut peraturan yang berkuat kuasa bagi menyokong pelaksanaan fungsi-fungsi utama JAIP, selaras Teras Strategik 1 — Kelestarian Pengurusan Berkualiti.
Strategi & Fungsi
- Mempertingkatkan integriti dan akauntabiliti dalam tadbir urus jabatan melalui program audit dalaman (kewangan, perolehan, aset & kenderaan, sumber manusia)
- Pemantapan kecekapan perkhidmatan melalui kursus dan latihan yang berkesan untuk warga kerja JAIP
- Menguruskan hal-hal pentadbiran am jabatan
- Mengurus dan memproses perkara-perkara berkaitan sumber manusia
- Menguruskan perolehan dan pengurusan aset jabatan
- Menyelaras urusan kewangan dan bajet jabatan