J J

Logo Portal JAIP Pahang

J J
  • LAMAN UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • Sejarah JAIP
    • Misi, Visi, Moto & Nilai
    • Objektif & Fungsi
    • Piagam Pelanggan
    • Polisi Keselamatan
    • Dasar Kerajaan
  • JABATAN
    • Perutusan Pengarah
    • Carta Organisasi
    • Pegawai Kanan JAIP
    • Ketua Pegawai Digital (CDO)
  • BAHAGIAN
    • Khidmat Pengurusan
    • Dakwah
    • Pendidikan
    • Pembangunan Keluarga
    • Pengurusan Masjid & Surau
    • Pengurusan Halal
    • Penguatkuasaan
    • Penyelidikan
  • MUAT TURUN
    • Borang & Dokumentasi
    • Tender & Sebutharga
    • Khutbah Jumaat
  • HUBUNGI KAMI
    • Alamat JAIP
    • Direktori Staf
    • Aduan & Maklumbalas
  1. Anda berada di sini: 
  2. Laman Utama
  3. JABATAN
  4. Perutusan Pengarah
Butiran
Kategori: JABATAN
18.Mei
Jumlah paparan: 3016

Perutusan Pengarah

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dengan izin serta petunjuk-Nya, JAIP yang ditubuhkan pada tahun 1926 kini telah mencapai usia 98 tahun pada Tahun 2024.

Seperti yang kita semua maklum, kemajuan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada abad ini telah memberi impak besar terhadap pembangunan sistem pengurusan organisasi, baik di peringkat domestik mahupun global. Dalam konteks ini, kemampuan sesebuah organisasi untuk memanfaatkan kemajuan ICT bergantung kepada keupayaan mereka untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku.

Dalam menempuh era globalisasi dan mengurangkan jurang digital, kita perlu memperkasakan diri dengan menyediakan pelbagai maklumat yang berguna bagi melaksanakan fungsi dan peranan utama organisasi. Oleh itu, JAIP beriltizam untuk memastikan pengurusan dan pentadbiran hal ehwal Islam diurus dengan penuh amanah dan berhikmah, selaras dengan imejnya sebagai sebuah agensi Islam. Pembudayaan dan penggunaan ICT kini menjadi keperluan utama bagi warga kerja JAIP dalam memperkemaskan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan agar lebih cekap, berkesan, dan responsif terhadap perubahan semasa.

Portal Rasmi ini merupakan saluran komunikasi yang amat penting dalam menyediakan perkhidmatan serta penyebaran maklumat kepada pengguna. Dengan capaian yang boleh dicapai di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa, ia membolehkan maklumat sampai kepada semua, tanpa sempadan waktu dan lokasi. Saya berharap portal ini dapat menyediakan maklumat yang tepat dan terkini untuk memenuhi kehendak bukan sahaja kakitangan awam, tetapi juga orang awam secara keseluruhan.

Akhir kata, syabas saya ucapkan kepada warga kerja JAIP atas komitmen mereka dalam membangunkan Portal Rasmi ini. Sebagai Pengarah JAIP, saya mengucapkan Selamat Datang kepada semua yang melayari portal ini dan mengalu-alukan sebarang maklum balas serta respon yang membina daripada semua pihak bagi membantu kami dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, demi memastikan mutu perkhidmatan yang terbaik untuk manfaat kita bersama.

PENGARAH

JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG

Previous article: Carta Organisasi Seterusnya
Dasar Keselamatan  | Dasar Privasi   |  Penafian  |  Hubungi Kami  |  Soalan Lazim  |  Peta Laman
HAK CIPTA TERPELIHARA @ 2024 JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG
Dikemaskini pada Isnin 23 Jun 2025, 04:51:55.