Utama Pengumuman Makluman Rasmi Penarikan Balik Sijil Halal DK Karak Sdn. Bhd...
Pengumuman 27 October 2026

Makluman Rasmi Penarikan Balik Sijil Halal DK Karak Sdn. Bhd.

Makluman Rasmi Penarikan Balik Sijil Halal DK Karak Sdn. Bhd.

Klik gambar untuk paparan saiz asal

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) merujuk kepada keputusan Sidang Panel Pengesahan Halal Malaysia Bagi Negeri Pahang Bil 10/Sesi 01 Tahun 2026 bertarikh 15 Oktober 2026 dan ingin memaklumkan bahawa status sijil halal bagi DK Karak Sdn. Bhd. kini telah ditarik balik.Sijil halal ditarik balik atas sebab ketidakakuran berkaitan kegagalan mematuhi tindakan pembetulan BESAR. Syarikat gagal memberikan sebarang maklum balas terhadap ketidakakuran klausa 32(2)(a) dan klausa 32(2)(h).Orang ramai disyorkan memilih premis kedai makan yang mempunyai pensijilan halal yang sah bagi mengelakkan keraguan serta memastikan makanan yang dinikmati adalah halal.Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.
Kongsi: