Utama Bahagian Bahagian Pengurusan Halal

Bahagian Pengurusan Halal

Objektif

Memastikan pengeluaran produk dan perkhidmatan yang halal dan bersih untuk kegunaan umat Islam di Negeri Pahang.

Strategi & Fungsi

  • Memperkasakan proses kelulusan permohonan secara telus dan profesional
  • Meningkatkan mutu jaminan dan kualiti pensijilan Halal Malaysia & Tauliah Sembelihan Negeri Pahang
  • Memperkukuh dasar pensijilan Halal Negeri Pahang
  • Meningkatkan kefahaman dan kesedaran dalam kalangan industri
  • Menguruskan permohonan dan pengeluaran sijil halal JAIP
  • Menjalankan pemeriksaan dan audit premis makanan halal
  • Menyelaras penyembelihan ternakan mengikut syariat Islam
  • Bekerjasama dengan JAKIM dalam hal-hal berkaitan pensijilan halal