Utama Berita Bengkel Pemurnian SOP Bahagian Penguatkuasaan JAIP 2026
Aktiviti 12 November 2026 JAIP (Facebook) 33 paparan

Bengkel Pemurnian SOP Bahagian Penguatkuasaan JAIP 2026

Bengkel Pemurnian SOP Bahagian Penguatkuasaan JAIP 2026

Klik gambar untuk paparan saiz asal

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah menganjurkan bengkel dua hari pada 11-12 November 2026 di Bilik Mesyuarat Pejabat Agama Islam Bandaraya Kuantan bagi memurnikan prosedur operasi standard (SOP) Bahagian Penguatkuasaan. Bengkel disertai Penolong Pengarah Unit Operasi, Penolong Pengarah Unit Pencegahan serta Ketua-Ketua Unit Penguatkuasaan Daerah dan dirasmikan oleh Tuan Muhamad Yusri bin Aman.

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah menganjurkanBengkel Pemurnian Prosedur Operasi Standard (SOP) Bahagian Penguatkuasaan JAIP Tahun 2026yang berlangsung selama dua hari, iaitu pada 11 hingga 12 November 2026, bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Agama Islam Bandaraya Kuantan.

Bengkel ini bertujuan meneliti, menyemak dan memurnikan SOP sedia ada agar pelaksanaan tugas penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik, teratur, seragam serta berkesan. Penyertaan melibatkan Penolong Pengarah Unit Operasi, Penolong Pengarah Unit Pencegahan serta Ketua-Ketua Unit Penguatkuasaan Daerah.

Majlis penutupan bengkel dirasmikan oleh Tuan Muhamad Yusri bin Aman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIP. Diharapkan hasil bengkel ini dapat memperkukuh tadbir urus, meningkatkan profesionalisme pegawai serta memastikan pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang syariah di Negeri Pahang terus cekap, berintegriti dan berkesan.

Kongsi: