Utama Berita Majlis Santuni SaudaraKu Sempena Penyampaian Inisiatif Makmu...
Aktiviti 11 November 2026 JAIP (Facebook) 45 paparan

Majlis Santuni SaudaraKu Sempena Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang Kluster Mualaf Zon Timur 1448H/2026M

Majlis Santuni SaudaraKu Sempena Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang Kluster Mualaf Zon Timur 1448H/2026M

Klik gambar untuk paparan saiz asal

Majlis Santuni SaudaraKu yang diadakan pada 11 November 2026 di Dewan Auditorium Pejabat Agama Islam Daerah Maran menyaksikan penyampaian Inisiatif Makmur Pahang Kluster Mualaf Zon Timur. Sebanyak 157 penerima dari Maran dan Jengka menerima bantuan.

Majlis Santuni SaudaraKu sempena Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang Kluster Mualaf Zon Timur tahun 1448H/2026M telah berlangsung pada 11 November 2026 (1 Jamadilakhir 1448) di Dewan Auditorium, Pejabat Agama Islam Daerah Maran.

Majlis tersebut dihadiri oleh YH Dato’ Sri Shahaniza binti Shamsuddin, Penyelaras DUN Chenor; YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzli bin Mat Saman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP); serta wakil-wakil agensi daerah.

Seramai 157 orang penerima daripada daerah Maran dan Jengka telah menerima manfaat menerusi inisiatif tersebut, selaras dengan usaha berterusan Kerajaan Negeri Pahang dalam menyantuni dan membela kebajikan golongan mualaf.

Kongsi: