Jerantut, 19 Oktober 2026 – Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Jerantut dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jerantut telah menganjurkan Program Cakna Ad-Din Peringkat Daerah Jerantut Tahun 2026 yang bertempat di PUSPEN Jerantut.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kefahaman peserta mengenai isu akidah serta cabaran penyelewengan syariat Islam, khususnya dalam menghadapi perkembangan teknologi dan penyebaran maklumat di alam siber.
Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen berterusan JAIP dalam memperkukuh usaha pemeliharaan akidah umat Islam melalui penyampaian ilmu dan pendedahan terhadap isu-isu agama semasa, serta membentuk masyarakat yang lebih peka, berilmu dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.
Diharapkan program ini dapat memberikan manfaat kepada semua peserta serta menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memelihara kesucian akidah dan memperkukuh penghayatan Islam dalam kehidupan seharian.