Utama Berita Program Sentuhan Rakyat Makmur Negeri Pahang Peringkat Daera...
Aktiviti 29 October 2026 JAIP (Facebook) 23 paparan

Program Sentuhan Rakyat Makmur Negeri Pahang Peringkat Daerah Lipis

Program Sentuhan Rakyat Makmur Negeri Pahang Peringkat Daerah Lipis

Klik gambar untuk paparan saiz asal

Program Sentuhan Rakyat Makmur Negeri Pahang di Daerah Lipis telah dijalankan pada 29 Oktober 2026 dengan lawatan ziarah ke Kampung Telang serta sesi Town Hall bersama YB Setiausaha Kerajaan Pahang.

Lipis, 29 Oktober 2026 – Program Sentuhan Rakyat Makmur Negeri Pahang Peringkat Daerah Lipis dilaksanakan hari ini dengan penglibatan barisan kepimpinan serta agensi kerajaan negeri.

YH Tok Muda Dato’ Haji Ahmad Khirrizal bin Ab Rahman, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, bersama Tuan Amirul Farhan bin Wahi, Al-Fadhil Qadhi Daerah Lipis, mengadakan sesi ziarah di sekitar Kampung Telang untuk menyantuni masyarakat dan meninjau keperluan penduduk setempat.

Pada sebelah petang, program diteruskan dengan Sesi Town Hall bersama YB Setiausaha Kerajaan Pahang sebagai wadah interaksi dan perkongsian bersama masyarakat.

Program ini merupakan antara usaha berterusan JAIP dalam mendekati rakyat, menyantuni masyarakat serta memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti setempat.

Kongsi: