Utama Berita Program Silsilah Al-Dhahab dan Thulathiyyat Al-A’immah 2026...
Berita Utama 26 November 2026 JAIP (Facebook) 48 paparan

Program Silsilah Al-Dhahab dan Thulathiyyat Al-A’immah 2026 di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan

Program Silsilah Al-Dhahab dan Thulathiyyat Al-A’immah 2026 di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan

Klik gambar untuk paparan saiz asal

Program Silsilah Al-Dhahab dan Thulathiyyat Al-A’immah 2026 telah diadakan pada 25 November 2026 di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan. Majlis dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad dan menyaksikan kehadiran ulama serta tokoh hadis antarabangsa.

Program Silsilah Al-Dhahab dan Thulathiyyat Al-A’immah 2026 telah berlangsung pada 25 November 2026 (15 Jamadilakhir 1448) di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.

Majlis dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Pahang.

Program ini menghimpunkan ulama dan tokoh hadis antarabangsa termasuk Sheikh Dr. Ahmad Mamduh Sa’ad (Penasihat Mufti Republik Arab Mesir), Sheikh Dr. Naji bin Rashid al-Arabi (Pensyarah Hadis, Universiti Bahrain), Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki (Musnid Nusantara), Sheikh Dr. Yasir al-Adani al-Shuhayri (Pengasas Dar al-Hadis al-Irth al-Nabawi), serta tokoh tempatan seperti Maulana Abdul Hamid Chin, Prof. Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Sheikh Nazrul Nasir al-Azhary dan Maulana Juhari Muhammad Ali Al-Jenderaqi.

Antara aktiviti utama ialah bacaan hadis Silsilah Al-Dhahab dan Thulathiyyat al-A’immah, serta tausiyah ilmiah yang disampaikan oleh Sheikh Dr. Usamah Sayyid Mahmud Muhammad al-Azhari, Menteri Wakaf Republik Arab Mesir.

Majlis turut dihadiri oleh YH Tok Muda Dato’ Haji Ahmad Khirrizal bin Ab Rahman, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), bersama ketua-ketua jabatan negeri dan daerah serta para ilmuwan, asatizah dan masyarakat setempat.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Pahang dalam memperkasa tradisi keilmuan Islam serta memperluas jaringan hubungan ilmiah dengan institusi dan ulama antarabangsa.

Kongsi: