Utama Berita Program Wanita Cinta Al-Quran di Masjid Tengku Mahkota, UNIQ...
Aktiviti 29 October 2026 JAIP (Facebook) 21 paparan

Program Wanita Cinta Al-Quran di Masjid Tengku Mahkota, UNIQSAAS, Kuantan

Program Wanita Cinta Al-Quran di Masjid Tengku Mahkota, UNIQSAAS, Kuantan

Klik gambar untuk paparan saiz asal

Program Wanita Cinta Al-Quran yang dianjurkan oleh Kluster Agama, Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang bersama UNIQSAAS, JAIP dan pihak berkaitan telah berlangsung pada 29 Oktober 2026 di Masjid Tengku Mahkota, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kuantan.

Program Wanita Cinta Al-Quran telah diadakan pada 29 Oktober 2026 (18 Jamadilawal 1448H) di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIQSAAS), Kuantan.

Program ini dianjurkan oleh Kluster Agama, Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang, Unit Pembangunan Wanita dan Sosial Negeri Pahang dengan kerjasama UNIQSAAS, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), PUSPANITA Negeri Pahang serta Pertubuhan Puteri Islam. Tujuannya untuk menyemarakkan kecintaan wanita terhadap al-Quran serta memperkukuh penghayatan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah YH Dato’ Sri Maznah binti Mazlan, Timbalan Pengerusi Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang; YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fariza Md. Sham, Ketua Kluster Agama; Tn. Hj. Mohd Faizul bin Haji Abdul Hadi Nor, Pendaftar UNIQSAAS mewakili Naib Canselor; YBhg. Datin Sri Noorhayati binti Ismail, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Pahang; YBhg. Datin Zunita binti Lambak, Timbalan Pengerusi Biro Agama PUSPANITA JAIP; serta YBhg. Datin Sri Dato’ Khatijah binti Ibrahim, Bendahari Kehormat Persatuan Puteri Islam Negeri Pahang.

Acara turut merangkumi majlis khatam al-Quran, forum “Wanita Bahagia” dan sesi ilmiah yang menekankan peranan wanita dalam mendalami, menghayati dan menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.

Jabatan Agama Islam Pahang mengharapkan program ini dapat terus menyemarakkan budaya mencintai al-Quran serta melahirkan wanita berilmu, berakhlak mulia dan berperanan sebagai pemangkin kesejahteraan keluarga dan masyarakat.

Kongsi: