26 November 2026 (16 Jamadilakhir 1438) – Majlis Tausiah Ilmiah bersama dua tokoh ilmuwan antarabangsa, Sheikh Dr. Naji bin Rashid al-Arabi dan Sheikh Dr. Yasir al-‘Adani al-Shuhayri, telah diadakan di Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Ihsan, Kuantan.
Sheikh Dr. Naji menekankan kepentingan menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh serta menghayati nilai kesungguhan, disiplin dan kesabaran dalam usaha mendalami ilmu pengetahuan. Majlis ini memberi suntikan motivasi kepada para pelajar untuk meningkatkan keilmuan dan menjadikan ilmu asas pembentukan sahsiah serta kecemerlangan diri.
Turut hadir dalam majlis tersebut YB Dato’ Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang; YB Dato’ Ahmad Irshadi bin Abdullah Al-Qari, Ahli Dewan Negeri Pahang; YH Dato’ Haji Abdul Zaki bin Md. Zain, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang; serta Encik Mohd Shaikhan bin Mohamed Mokhtar, Pengetua SMA Al-Ihsan.
Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen berterusan JAIP dalam menyemarakkan budaya ilmu serta memperkukuh kecintaan terhadap tradisi keilmuan Islam dalam kalangan generasi muda.