
- Butiran
- Kategori: BERITA
- Jumlah paparan: 165
ππππππππ ππππππ πππππππππ ππππππ ππππππ πππππ ππππππ πππππ ππππ ππππππ / ππππ ππππππ
LANCHANG, 21 Julai 2025M / 25 Muharam 1447H - Bulan Muharam telah diserikan dengan Karnival Asyura Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1447 Hijrah / 2025 Masihi. Karnival ini telah dilaksanakan di Surau Kampung Paya Laman, Lanchang, Temerloh, Pahang.
Karnival telah dimulakan dengan sesi pelancaran yang diserikan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB Dato' Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang dan YH Dato' Haji Ahmad Khirrizal bin Haji Ab. Rahman. Kemudian YB Dato' Sri telah meninjau dan melawat setiap pasukan yang menyertai Asyura.
Majlis Perasmian telah diserikan dengan kehadiran YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Negeri dan Daerah serta pembesar-pembesar masyarakat.
YAB Menteri Besar Pahang turut menyampaikan sumbangan I.M Pahang kepada Jemaah Haji Negeri Pahang serta hadiah kepada 7 orangJemaah Hakim dan pemenang Karnival Asyura.
Karnival Asyura tahun ini telah disertai oleh 33 pasukan yang terdiri daripada 12 Kategori Jabatan Kerajaan / Badan Berkanun / Pejabat Agama Islam Daerah / Sekolah / IPT manakala 21 pasukan dari Kategori Agensi Swasta / NGO / Masjid Kariah.
Keputusan Karnival adalah seperti berikut:
| Kategori Jabatan Kerajaan / Badan Berkanun / Pejabat Agama Islam Daerah / Sekolah / IPT | Kategori Agensi Swasta / NGO / Masjid Kariah |
|
Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut (89%) |
Masjid Lipat Kajang (82%) |
|
MARA Pahang / Giatmara Pahang (87%) |
Al-Jawaher Shaipudin (81%) |
|
RISDA Temerloh (86.50%) |
Damar Berkat 1 (80%) |