
- Butiran
- Kategori: BERITA
- Jumlah paparan: 166
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Berkenan Berangkat Ke Kompleks Pemuliaan Al-Quran Negeri Pahang Sempena Kembara Pahang 1.0
CHENOR - April 2025. Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli ke Kompleks Pemuliaan al-Quran Negeri Pahang di Chenor, Maran hari ini sempena Program Kembara Pahang 1.0.
![]() |
![]() |
Keberangkatan Baginda turut disertai oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama paduka-paduka anakanda.

Lawatan ini merupakan manifestasi keprihatinan dan sokongan padu pihak istana terhadap usaha memartabatkan al-Quran serta memperkasa institusi keagamaan di negeri ini.

