J J

Logo Portal JAIP Pahang

J J
  • LAMAN UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • Sejarah JAIP
    • Misi, Visi, Moto & Nilai
    • Objektif & Fungsi
    • Piagam Pelanggan
    • Polisi Keselamatan
    • Dasar Kerajaan
    • Pelan Strategik
  • JABATAN
    • Perutusan Pengarah
    • Carta Organisasi
    • Pegawai Kanan JAIP
    • Ketua Pegawai Digital (CDO)
  • BAHAGIAN
    • Khidmat Pengurusan
    • Dakwah
    • Pendidikan
    • Pembangunan Keluarga
    • Pengurusan Masjid & Surau
    • Pengurusan Halal
    • Penguatkuasaan
    • Penyelidikan
  • APLIKASI ONLINE
    • Sistem Maklumat Perkahwinan Islam Pahang (eMunakahat)
    • Sistem Pengurusan Sekolah Menengah Agama Pahang (SPSMA)
    • Sistem Permohonan Kursus Pra Perkahwinan Islam Pahang (Pra Kahwin)
    • Sistem eMasjid
  • MUAT TURUN
    • Borang & Dokumentasi
    • Tender & Sebutharga
    • Khutbah Jumaat
  • HUBUNGI KAMI
    • Alamat JAIP
    • Direktori Staf
    • Aduan & Maklumbalas
  1. Anda berada di sini: 
  2. Laman Utama
  3. BERITA
  4. KUNJUNG HORMAT BAHAGIAN HALAL JAIP KE BAHAGIAN PERANCANGAN EKONOMI NEGERI (BPEN)
  • Selamat Datang
  • sembangsantai
Butiran
Kategori: BERITA
20.Nov
Jumlah paparan: 163

KUNJUNG HORMAT BAHAGIAN HALAL JAIP KE BAHAGIAN PERANCANGAN EKONOMI NEGERI (BPEN)

Kuantan - 19 November 2025 / 28 Jamadil Awal 1447H. Satu pertemuan telah diadakan antara Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) / Pengarah Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN), YH Dato' Ali Syahbana bin Sabaruddin, bersama delegasi Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan UCYP University.

Bahagian Pengurusan Halal JAIP diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah, Tuan Haji Adnan bin Mamat, manakala UCYP University diwakili oleh YH Prof. Dato’ Dr. Muhammad Fauzi bin Mohd Zain, Naib Canselor UCYP University.

191125

Perbincangan ini memberi tumpuan kepada potensi kerjasama antara Majlis Pembangunan Industri Halal Negeri Pahang, Bahagian Pengurusan Halal JAIP dan UCYP University, khususnya dalam memperkukuh ekosistem halal di negeri ini.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah pembangunan pusat latihan halal yang bakal diterajui oleh UCYP University serta pembangunan modul kesedaran halal di peringkat sekolah menengah seluruh Negeri Pahang Darul Makmur.

Selain itu, perbincangan turut menjurus kepada pembentukan Pasukan Petugas (Task Force) Halal Negeri Pahang bagi memastikan pelan tindakan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan berkesan menjelang tahun 2026.

Semoga jalinan strategik ini menjadi langkah proaktif ke arah merealisasikan impian menjadikan Pahang sebagai Hab Halal Serantau, selaras dengan aspirasi pembangunan ekonomi Islam negeri dan negara.

 

 

 

Previous article: PROGRAM PRIHATIN AD-DIN DAERAH CAMERON HIGHLANDS TAHUN 2025 Seterusnya Next article: PROGRAM PENCEGAHAN JENAYAH SYARIAH PERINGKAT DAERAH ROMPIN TAHUN 2025 Seterusnya
PAUTAN UTAMA
  • MyGovernment
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  • Kerajaan Negeri Pahang
  • HRMIS
  • Sistem Pengurusan Aduan Awam Pahang
PAUTAN PINTAS
  • Sistem eMunakahat 
  • Sistem SPSMA
  • Sistem Pra Kahwin
  • Sistem E-Masjid
  • Portal SMAN
HUBUNGI KAMI
  • Jabatan Agama Islam Pahang, Jalan Masjid, 26600 Pekan, Pahang.
  • Telefon : 609-4271111
  • Fax : 609-4228764
  • Emel : jaip@pahang.gov.my
051856
Today: 77
This Week: 858
This Month: 1,233
Total: 51,856
Dasar Keselamatan  | Dasar Privasi   |  Penafian  |  Hubungi Kami  |  Soalan Lazim  |  Peta Laman
HAK CIPTA TERPELIHARA @ 2024 JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG
Dikemaskini pada Rabu 07 Januari 2026, 08:40:47.